Sepanjang bulan lepas dan bulan ini,semua teman samaada didalam atau diluar negeri sedang bertempur dengan final sem exam.Bagi yang berada di matrikulasi sudah merdeka daripada cabaran pengajian yang memeningkan kepala dan me'minar'kan mata.Syukurlah,tapi x leh duk diam lagi,kerana result UPU pulak,ha x tahu boleh mano tu.. Ada dah yang bunyi nak balik ke Malaysia ini,Nasrul(aku baca wok yoh) bunyi nye bulan 8,Nash(aku baca Ngah) bulan 8 jugak yo pergi umrah..Yang budak USIM pulak maybe minggu ni kot balik dan yang lain2 wallahua'lam. Apa2 pun,kalu ada masa Insya Allah kita juga le..lama jugak x temu nye..
Pasal Fattah,hok ni la ana pening jugak ni...masalah result yo tu satu hal,tempat yo ngaji lo ni pun masih lagi misteri bagi semua rakan-rakan lain..Ada qaul kata yo masih duk ngaji kat Universiti Teknologi Petronas(UTP),qaul dari mulut fattah mengatakan ia telah terbang nun jauh disano(bahasa Indon) kek Universiti of Monash,Clayton,Melbourne dalam lapangan kejuteraan. Aku la ni tersepit jugak lah,samaada telan bulat2 daripada fattah atau...wallahua'lam.Biar masa aje yang menentu.Namun kebenaran pasti akan terdedah jugak bersama terlondehnya kegoblokkan dan penipuan. Hanya Allah Maha Pembongkar Segala Kebenaran & Kebatilan.Kepada Pak Nasrul,ana terus memberi ingatan,fokus dengan pengajian dentistry,jangan terlalu khusyuk dengan pengajian tallaqi kitab,dibimbangi takut mengkalut kibutkan(bahasa loghat kelantan) pengajian.Bukan tidak boleh ngaji agama,tapi secara part time dan bersistematik.Tapi insyaallah la bagi,anta mempunyai bakat tersendiri sebagai alim ulama dan mujtahid. Insya Allah,sama kita gembeleng tenaga dalam menyelusuri bahtera pencarian ilmu,kerana ilmu Allah sangat luasa dan tidak terkira banyak nye..
Mula 10 hb Mei ni sampai 31hb Mei,ana akan berada di Pusat Arab Nilam Puri untuk mengikut Kursus Bahasa Arab untuk Pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. Semoga Allah memberi untuk mengharungi program.Insya Allah,semoga ana dapat mendapat sedikit sebanyak ilmu mengenai bahasa Arab khususnya Fushah dan Amiyah...Cuma InsyAllah,maybe seminggu sekali ana akan pulang ke rumah.
Persidangan Dewan Rakyat hari pertama rabu lepas kecoh akibat 'test market'' Karpal Singh(DAP-Bukit Gelugor) dan beberapa ahli yang lain, yang cuba mempertikai mengenai beberapa tindakan dan keputusan Speaker,Tan Sri Pandikar Amin Mulia.Macam2 lah,keluar reaksi ditambah kenyataan sinis Dato' Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang mempertikaikan Karpal yang berkongsi roda ketika mengemukakan peraturan mesyuarat menambahkan gamat lagi sidang yang menyebabkan bangun beberapa orang ahli meminta Dato' Him tarik balik kenyataan itu. Manakala,diluar dewanMenteri Penerangan,Shabery Cheek menyelar gelegat ahli parlimen khususnya dari Pakatan Rakyat. Tindakan ini nampak digunakan sepenuhnya untuk memalun PR. Maka datanglah PM,Abdullah Haji Ahmad yang menyokong sekirannya Siaran langsung Parlimen ditamatkan.Itu kenyataan beliau di Kuwait.Alih2,Menteri Penerangan sebagai kepada persetujuan mesyuarat kabinet, setuju pulak.X tahu la Abdullah Haji Ahmad nak letak kat mana muka nye...Tapi Alhamdulillah persidangan pada hari kedua hari ini(5hb Mei ini), berjalan dengan licin,walaupun pada mulanya berlaku sedikit kekecohan.Dan kita mengharapkan sepanjang sidang parlimen yang lebih2 lagi disiarkan siaran langsung menerusi RTM 1,kita harap YB dapat berbahasa dengan kreatif,kontastratif, dan dapat memberi sumbang saran dalam memacu kemajuan negara,bangsa dan agama.Bagi YB Pakatan Rakyat,jadikanlah medan ini sebagai satu medan tempur yang menunjukkan bahawa rakyat tidak sia-sia mengundi mereka bahkan merasa bangga kerana disamping mereka tidak mengabaikan rakyat,bahkan mereka dapat membawa harapan dan rintahan rakyat marhein kepada kerajaan yang memerintah...
Kampung SK..5.5.8